Thursday, 16 August 2012

Selamat Datang

Selamat Datang dan selamat mengikuti blog cahaya laily (CL). WAhhhhh.......excitednya dapat halaman blog sendiri. Macam-macam nak CL kongsikan bersama dan dalam waktu yang sama juga banyak perkara baru yang CL harus belajar. Jadi sudi-sudikan diri untuk membantu CL ye (Saya budak baru belajar) hihihihi. Sebelum ni CL baca blog rakan-rakan yang lain je, teringin juga nak ada blog sendiri dan berkongsi idea,pengalaman,cerita dengan rakan-rakan semua. Alhamdulillah hari ni termakbul juga angan-angan tu (hihihi..macam besar betul impian nye) harap-harap CL tak lah hangat-hangat tahi ayam. K...choiyok-choiyok untuk diri CL. Rasanye cukuplah bebelan CL untuk hari pertama berblogger...to be continue yer....

Time 2 Shopping.....

Wahhh...dah lama tidak menjengah blog ni, Al-maklum la nak raya ni kan sibuk dengan persiapan raya. CL tahun ni tidak berkesempatan untuk membuat biskut jadi CL cuma jual biskut....heheheehe....kira pakej la biskut yang dijual tu akan jadi juadah untuk hari raya juga. Tahun ni CL punya tema baju raya adalah warna coklat (same warna dengan tema kahwin adik ipar (untuk berjimat cermat) kira 2 in 1). Jenuh mencari warna baju yang sama sebab memang dah lama CL tak tempah baju jadi bila beli baju yang dah siap ni memang susah nak mencari warna yang sedondon. Sampai ke Jalan Tengku Abdul Rahman ( jalan TAR ) berjalannya baru berjumpa warna yang sedondon, penat dah kaki mengukur jalan hingga kan En Suami tertidur di kaki lima Sogo angkara kepenatan yang melanda...huhuhuhu...tapi apa-apa hal pon TQ En Suami yang sudi melayan kerenah CL.


ni la muka-muka orang baru bangun tidur.....
Balik dari shopping, masing-masing terus je masuk mandi dan tidur....time tu sampai rumah pon dah malam. CL memang puas hati bershopping untuk tahun ni...ye la dapat shopping sakan nya setahun sekali je cuma masih under control bershopping nya. Kita kena berjimat cermat jangan sampai membazir....tak nak...tak nak....tak bagus tu.... Korang pula macam mana dengan persiapan raya ?

Thursday, 2 August 2012

BELAJAR QUILLING PAPER

Taraaaa.....inilah hasil tarian tangan CL di waktu lapang...Sebenarnya CL baru berjinak-jinak dengan seni Quilling ni. Boleh jatuh hati bila lihat hasil tangan AR WARNA WARNI, sangat cantik dan bermulalah di situ keinginan hendak mencuba. Inilah hasil yang tak seberapa dari CL. Terima kasih LalaLatif kerana memberi inspirasi kepada CL...hihihihi.....kira macam sifu la walaupon tak belajar face to face.... Agak-agak nya lah brapa markah CL boleh dapat? tak kisah lah berapa markah pon janji CL dapat belajar perkara baru. Ye la dari duduk buang masa termenung je ada juga faedahnya buat craft ni kan. OK CL nak sambung buat yang lain pula, nanti bila dah siap CL kongsi bersama-sama ye.